3D & 2D Design Consultancy
Visual 3D untuk melihat konsep dan material, serta pelan 2D untuk membantu memahami ruang dan susun atur sebelum renovasi atau pembinaan.
Rancang ruang dengan lebih jelas melalui visual 3D dan pelan 2D sebelum kerja bermula. Fahami susun atur, konsep dan keperluan rumah supaya keputusan lebih terancang.
Sebelum mula renovasi, fikirkan aliran pergerakan, saiz perabot, pencahayaan dan kegunaan setiap ruang. Visual 3D dan pelan 2D membantu anda berbincang dan membuat keputusan dengan lebih jelas.
Bukan soal cantik semata-mata. Perancangan design yang baik membantu anda mengenal pasti perkara penting lebih awal.
Bincang terus dengan designer yang memahami keperluan anda, daripada perancangan ruang hingga penyediaan design.
Kami mulakan dengan memahami masalah ruang, rutin harian dan matlamat projek anda. Idea diterjemahkan kepada gambaran 3D dan susun atur 2D sebelum pelaksanaan.
Bincang Projek Saya ↗Contoh visual 3D untuk pelbagai ruang kediaman. Imej ialah rendering design, bukan foto projek yang telah siap dibina.
Visual 3D untuk melihat konsep dan material, serta pelan 2D untuk membantu memahami ruang dan susun atur sebelum renovasi atau pembinaan.
Perlukan bantuan untuk pelaksanaan juga? Perkhidmatan Design & Build boleh dibincangkan berdasarkan lokasi dan skop projek.
Kongsikan lokasi, jenis ruang, keluasan dan keperluan supaya perbincangan lebih terarah.
Kami hubungi anda melalui WhatsApp untuk menyelaraskan masa konsultasi Google Meet percuma selama 60 minit.
Jika berminat, kami boleh cadangkan skop dan sebut harga untuk servis design 3D & 2D. Kerja design tidak termasuk dalam sesi percuma.
Sesi Google Meet selama satu jam membantu anda berkongsi idea, persoalan dan cabaran susun atur rumah — tanpa perlu terus membuat komitmen untuk kerja design berbayar.
Nota: Lukisan terperinci, 3D rendering dan pelan 2D tidak disediakan secara percuma.
Antara maklum balas pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat design BENA Interior.
“Overall, kami suka design En Fariz, anak² pun suka.”Projek kediaman · Maklum balas pelanggan
“Terima kasih En Fariz for the beautiful design.”Projek klinik · Maklum balas pelanggan
“Design tuan tu lawa. Senang nak cite dgn developer.”Projek kediaman · Maklum balas pelanggan
“Cantik… yg ni kena dengan colour concept bilik air tu.”Projek kediaman · Maklum balas pelanggan
“Terbaik En. Fariz.”Projek dapur · Maklum balas pelanggan
“Terima kasih fariz.. semoga kita akan berurusan lagi lepas ni..”Projek dapur · Maklum balas pelanggan
“Baik tuan.. awesome.. 👍”Projek kondominium · Maklum balas pelanggan
“Nampak lebih kemas & luas mcm Fariz dh design yg paling ok.”Projek bilik air · Maklum balas pelanggan
“Alhamdulillah, klinik dah siap. Terima kasih En Fariz for the beautiful design.”Projek klinik · Maklum balas pelanggan
Masih tertanya-tanya design apa yang sesuai untuk ruang anda?
Saya Nak Bincang Dengan Designer ↗“Your time is valuable. We help you plan with clarity and renovate with confidence.”
Design & Build tersedia mengikut kesesuaian dan skop projek.Ya. Sesi konsultasi awal selama 60 minit melalui Google Meet adalah percuma. Lukisan 3D dan 2D bukan sebahagian daripada sesi percuma.
Tidak. Anda boleh berbincang dahulu dan membuat keputusan selepas memahami keperluan projek.
Boleh. Jika anda mempunyai pelan lantai atau maklumat tentang rumah, perbincangan awal masih boleh dimulakan.
Ya. Sesi design dan konsultasi boleh dilakukan secara online untuk projek di seluruh Malaysia. Pelaksanaan Design & Build bergantung lokasi dan skop.
Boleh. Servis 3D & 2D Design Consultancy boleh diambil secara berasingan daripada Design & Build.
Jika ada pelan lantai, gambar ruang atau ukuran kasar, ia membantu perbincangan. Kalau belum ada, kita boleh mulakan dengan keperluan dan idea projek anda dahulu.
Isi 5 maklumat ringkas untuk kami memahami projek anda